MB Perlis kuarantin di rumah selepas pulang dari PRN Sabah
MB Perlis kuarantin di rumah selepas pulang dari PRN Sabah

MB Perlis kuarantin di rumah selepas pulang dari PRN Sabah

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengesahkan beliau kini menjalani kuarantin secara sukarela di rumah selepas pulang dari Sabah pada Sabtu lepas.

Azlan berkata beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pagi tadi.

“Ya, saya sedang (menjalani) kuarantin sejak tiba di Perlis dari Sabah pada 26 Sept. Petugas kesihatan nasihatkan saya untuk melakukan perintah pengawasan di rumah,” katanya ketika dihubungi di Kangar hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan individu baru tiba dari Sabah diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) serta dipakai gelang kuarantin sehingga 10 Okt.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.

– Bernama

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS