MBAS halang peniaga berniaga, dua Adun terjah Pasar Pagi Peremba
MBAS halang peniaga berniaga, dua Adun terjah Pasar Pagi Peremba

MBAS halang peniaga berniaga, dua Adun terjah Pasar Pagi Peremba

ALOR SETAR: Susulan tindakan dari Majlis Bandaraya Alor Setar, MBAS halang peniaga berniaga, dua Adun terjah Pasar Pagi Peremba di hadapan Pasaraya Billion pagi ini bagi melihat sendiri situasi para peniaga yang menghadapi kesukaran mencari rezeki rentetan dari pendemik Covid-19 yang melanda negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, YB Dato’ Dr. Ismail Salleh bersama ADUN Kubang Rotan, YB Asmirul Anuar Aris turun membuat siaran langsung yang dipancarkan melalui Facebook AMANAH Negeri Kedah pagi tadi. Siaran langsung tersebut mendapat perhatian ramai berikutan isu penindasan terhadap para peniaga yang dinafikan hak mereka untuk kembali meniaga di tapak sedia ada.

Semalam pihak MBAS telah mencabut papan tanda kebenaran berniaga di Tapak Pasar Pagi Peremba susulan dari tindakan Asmirul dan beberapa peniaga mempertikaikan tindakan pihak MBAS menghalang para peniaga kembali meniaga di tapak asal.

MBAS halang peniaga berniaga, dua Adun terjah Pasar Pagi Peremba

ARTIKEL VIRAL : Datuk Bandar Alor Setar arah buang papan tanda kebenaran berniaga

Sebelum ini Asmirul melalui Facebook beliau menyatakan syukur dan tahniah kepada para peniaga yang mempertahankan hak mereka untuk mencari rezeki yang halal. Rakyat di negeri ini berhadapan dengan kesukaran mencari sumber pendapatan semenjak Covid-19 melanda penghujung tahun 2019.

Video pertengkaran beliau bersama pegawai penguatkuasa mula viral dan mendapat perhatian ramai bukan sahaja dari kalangan para peniaga di Pasar Pagi Peremba malah seluruh negeri Kedah.

Tindakan Asmirul itu mendapat pujian ramai kerana dilihat cuba mempertahankan hak para peniaga mencari rezeki di bulan Ramadan ini.

Di dalam siaran langsung selama 45 minit pada pagi tadi, Dr. Ismail selaku Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Kedah bersama dengan Asmirul meninjau keadaan terkini Tapak Pasar Pagi Peremba.

YB Dato’ Dr Ismail Salleh bersama seorang peniaga buta di Pasar Pagi Peremba

ARTIKEL VIRAL : Adun Kubang Rotan mengamuk, peniaga dinafikan hak mencari rezeki

“Lokasi yang sepatutnya menjadi Tapak Pasar Pagi Peremba kini telah bertukar menjadi tapak parking kereta, dan situasi ini amat menyedihkan apabila tapak parking kereta pula dijadikan Tapak Pasar Pagi,” ujar Dr. Ismail.

Rata-rata peniaga yang ditemuramah di dalam siaran langsung pagi tadi menyatakan kesusahan dan kepayahan mereka untuk mencari rezeki kerana tapak parking kereta yang dijadikan Tapak Pasar Pagi Peremba jauh dari laluan orang ramai yang berkunjung ke Pasaraya Billion dan pasar basah.

Mereka juga memohon agar pihak MBAS yang diterajui oleh Datuk Bandar Alor Setar lebih berperikemanusiaan dan bertimbang rasa terhadap nasib yang melanda mereka.

Para peniaga berharap dalam kembali ke tapak asal Pasar Pagi Peremba

ARTIKEL VIRAL : Adun Kubang Rotan “naik angin” dengan sikap ego Datuk Bandar Alor Setar

(Visited 188 times, 2 visits today)

COMMENTS