Membazir di bulan Ramadan, aktiviti edar makanan dikecam tidak efisien
Membazir di bulan Ramadan, aktiviti edar makanan dikecam tidak efisien

Membazir di bulan Ramadan, aktiviti edar makanan dikecam tidak efisien

Apabila bulan Ramadan, ramai orang mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk memperbanyakkan amal ibadah dan bersedekah. Dalam kita mahu mengejar pahala, jangan pula tiba-tiba dosa yang kita dapat.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Mulut_Cabai telah berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkkan pek makanan terbiar disebabkan terlalu banyak dan tidak disumbangkan kepada golongan memerlukan secara efisien.

Isu ini bukanlah baru tetapi boleh dikatakan setiap tahun masalah ini muncul. Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengatakan bahawa ada gelandangan mendakwa menerima 20 hingga 30 bungkus makanan sehari diberikan oleh pelbagai pihak yang mahu bersedekah.

ARTIKEL MENARIK : Penjawat awam dapat bantuan Aidilfitri RM500 – PM

Tambahnya, tindakan pembaziran tersebut sudah ditegur tetapi masih ada yang melenting tidak dapat menerima teguran. Malah, beliau turut memberi cadangan beberapa lokasi dan tempat untuk bersedekah dan beramal jariah sempena bulan yang mulia ini seperti kawasan perumahan PPR, hospital, pelajar-pelajar kolej yang tidak berkemampuan, dan lain-lain lagi.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berpendapat seharusnya mereka yang mahu melakukan kerja amal ini lebih peka dengan keadaan sekeliling serta bertanya kepada pihak sepatutnya.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa orang yang memerlukan tidak semestinya gelandangan dan selain makanan, boleh sahaja memberikan mereka keperluan lain seperti barang membersihkan diri.

Isu yang sering dibangkitkan setiap tahun ini seperti tiada titik noktah jika masih ramai ego tidak mahu bekerjasama dengan pihak bertanggungjawab. Diharap, perkongsian ini akan buka mata orang ramai berhubung isu ini.

ARTIKEL MENARIK : Netizen persoal kenapa kerajaan beri laptop “cap ayam”?

(Visited 34 times, 1 visits today)

COMMENTS