MEMUPUK BUDAYA SUKAN DI KALANGAN PENJAWAT AWAM.
MEMUPUK BUDAYA SUKAN DI KALANGAN PENJAWAT AWAM.

MEMUPUK BUDAYA SUKAN DI KALANGAN PENJAWAT AWAM.

Baling – Penjawat Awam haruslah mengamalkan budaya bersukan supaya dapat meningkatkan taraf kesihatan ke arah yang lebih baik.

Itu yang ditegaskan oleh YB Dato Dr Ismail Salleh, Exco Kesihatan Negeri Kedah ketika merasmikan Majlis Penutup Seminar Kecergasan KGB4S Tahun 2020 di Hospital Baling.

Katanya lagi, “Kualiti kesihatan bermula dengan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan harian dengan baik.

“Di samping itu, bersukan boleh menguji kekuatan mental dan fizikal, malah merupakan platform yang terbaik bagi mengcungkil bakat-bakat sukan di kalangan kakitangan Hospital amnya.

“Aktiviti seperti ini dapat membentuk jati diri yang cemerlang selain dapat membentuk modal insan yang sihat berlandaskan apa yang disarankan oleh Kerajaan.”

“Ianya juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama dan memperkasakan hubungan sesama kakitangan Hospital.

“Kita dapat lihat pada hari ini sukan yang ada seperti Sepak Takraw, Bola Jaring, Futsal ,Badminton dan sebagainya adalah sukan yang boleh menghasilkan aturan hidup yang lebih konsisten dalam usaha mencegah Penyakit Obesiti, Kolestrol, Jantung dan lain-lain penyakit.

“Ada diantara kakitangan yang belum mesra dengan kakitangan lain, jadi apabila sukan ini dilaksanakan,sekurangya dapat mengenali rakan-rakan yang berlainan jabatan di hospital ini .”katanya di sini.

Dr Ismail juga menyokong usaha yang dilakukan oleh Pihak Hospital Baling dalam memastikan para kakitangan terlibat dengan aktiviti sebegini dan berharap aktiviti seumpama ini akan berterusan sehingga ke akar umbi kelak.

(Visited 48 times, 1 visits today)

COMMENTS