Menjelang Aidiladha: Tiada kes baharu di Kedah

Menjelang Aidiladha: Tiada kes baharu di Kedah

Tiada kes baharu direkodkan di Kedah hari ini sementara  lapan kes positif Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah hari ini di seluruh negara, dengan lima daripadanya adalah penularan tempatan manakala tiga lagi adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga daripada kes penularan tempatan adalah di Sabah, dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Johor.

Beliau berkata, dengan pertambahan kes positif itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini setakat ini adalah 8,964.

Katanya, setakat tengah hari ini, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mencatatkan lima kes yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad, dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 8,617.

“Tiada kes kematian dicatatkan hari ini, dengan jumlah kumulatif kematian kekal 124,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

 

Sumber berita: HARIAN METRO

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )