Menteri Agama positif Covid-19
Menteri Agama positif Covid-19

Menteri Agama positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas disahkan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata individu berkenaan tidak mempunyai sebarang gejala dan kini telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada.

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kontak rapat yang telah dikenal pasti diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).

Beliau berkata semua yang hadir ke mesyuarat itu telah menjalani saringan kesihatan hari ini dan sampel diambil untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19.

— BERNAMA

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS