MERAIKAN GOLONGAN WANITA SEMPENA HARI WANITA NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2020.
MERAIKAN GOLONGAN WANITA SEMPENA HARI WANITA NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2020.

MERAIKAN GOLONGAN WANITA SEMPENA HARI WANITA NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2020.

ALOR SETAR – Pengedaran bunga kepada semua wanita yang berada di atas Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena Hari Wanita Sedunia.

Sambutan ini disambut pada 8 Mac setiap tahun bersama-sama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), wakil daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), RTM dan rakan-rakan media.

Tepat jam 9.05 pagi KTM rombongan telah berlepas membawa penumpang termasuk Yb. Pn. Hjh Halimaton Shaadiah binti Saad dan beberapa Jabatan dan agensi yang terlibat menghala ke Selatan Tanah Air menuju ke Sungai Petani.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yb. Pn. Hjh. Halimaton Shaadiah binti Saad berkata : “Tema Sambutan Hari Wanita pada tahun ini ialah “Seimbang Untuk Sejahtera” / “Balance For Better” dimana menekankan keseimbangan peranan wanita dalam mencapai kejayaan bagi pembangunan negara disamping memperoleh kehidupan yang berkualiti & sejahtera sangat sesuai sebagai satu tema yang melambangkan identity seseorang wanita itu sama ada dalam keluarga, masyarakat dan negara”

“Warna tema ‘UNGU’ juga telah dipilih dimana bunga yang diedarkan juga berwarna ungu melambangkan penyebaran kata-kata dan semangat positif agar dapat melahirkan wanita yang berfikir, bertindak dan menganalisa secara positif dalam setiap perkara yang dilakukan.” Katanya.

Perjalanan pagi ini telah melalui beberapa stesen atau hentian sepanjang stesen Alor Setar menuju ke Sungai Petani iaitu dari Alor Setar -> Kobah -> Gurun -> dan Sungai Petani yang merupakan destinasi terakhir. Kemudian berpatah balik semula menaiki KTM menghala pulang ke Alor Setar.

Ucapan erima kasih tidak terhingga buat pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi peluang dan kerjasama yang padu kepada pihak kami bagi melancarkan program pada hari ini.

Sekali lagi, saya ucapkan SELAMAT HARI WANITA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR WANITA DI LUAR SANA.💜

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS