Minta semua ahli AMANAH lakukan solat hajat demi kesejahteraan Negara - Penasihat Umum Amanah.
Minta semua ahli AMANAH lakukan solat hajat demi kesejahteraan Negara – Penasihat Umum Amanah.

Minta semua ahli AMANAH lakukan solat hajat demi kesejahteraan Negara – Penasihat Umum Amanah.

Semua ahli Amanah diminta untuk lakukan solat hajat demi kesejahteraan Negara ketika ini.

Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Datuk Seri Ahmad Awang dalam satu kenyataan berkata Negara dan Pakatan Harapan (PH) sedang berhadapan dengan suasana yang genting dan merisaukan.

“Allah sedang menguji kita dengan satu ujian yang mencabar untuk melihat kejujuran dan kesabaran serta semangat setiakawan antara kita.

“Media sosial memainkan peranan yang penting dalam menentukan kita berjaya atau tidak mengharungi ujian ini.

“Janganlah kita menjadikan media sosial sebagai medan untuk mengadu domba dan memecahkan sesama kita.
Sehubungan dengan itu, saya memohon semua ahli dan penyokong PH khasnya AMANAH supaya berdoa agar kita sentiasa dilindungi Allah dan memandu jari jemari kita agar menulis sesuatu untuk menyatukan bukan untuk meruntuhkan perpaduan yang telah kita bina selama ini.

Katanya lagi, “Kita perlu bertenang, mengenali siapa musuh siapa kawan dan sentiasa tabayyun apabila menerima sesuatu maklumat.

Ujarnya lagi, “Dalam suasana ini saya juga memohon kepada semua ahli AMANAH agar mengadakan Solat Hajat, berdoa serta beristighfar semoga negara dan PH dipandu oleh Allah agar keluar dari suasana yang kritikal ini.

“Semoga segala usaha kita diberkati dan keluar dari suasana kritikal ini dengan kemenangan dan mendapat keredhaan Allah”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS