Mira Filzah Tercalon Antara Wanita Tercantik Di Dunia
Mira Filzah Tercalon Antara Wanita Tercantik Di Dunia

Mira Filzah Tercalon Antara Wanita Tercantik Di Dunia

Sebaris dengan artis Hollywood, pelakon dan pengacara Mira Filzah telah menerima pencalonan sebagai antara 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

Lebih menjadi perhatian, Mira antara figura muslimah berhijab yang dipilih menerima pencalonan tersebut selain seorang lagi selebriti media sosial kelahiran Maghribi iaitu Ihssane Benalluch.

Antara nama lain yang turut dicalonkan sebagai wanita tercantik tahun 2020 adalah Billie Eilish, Millie Bobby Brown dan Bella Hadid.

Menerusi perkongsian di Instagram TC Candler, pencalonan Mira Filzah turut mendapat sokongan daripada pengikut media sosial dan para peminatnya apabila menerima hampir 17 ribu tanda like.

Terdahulu, pelakon Fattah Amin menerima pencalonan 100 Lelaki Paling Kacak 2020 yang turut dianjurkan TC Candler

Artikel : Roti Kaya

(Visited 84 times, 1 visits today)

COMMENTS