Mohamed Salah kembali berlatih, setelah disahkan negatif COVID-19
Mohamed Salah kembali berlatih, setelah disahkan negatif COVID-19

Mohamed Salah kembali berlatih, setelah disahkan negatif COVID-19

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah disahkan negatif jangkitan COVID-19 dan kembali berlatih dengan The Reds pada Isnin.

Berita tersebut diumum pengendali Liverpool, Jurgen Klopp pada sidang media selepas perlawanan antara pasukannya dan Leicester City.

Salah terlepas perlawanan yang menyaksikan kemenangan Liverpool 3-0 ke atas Leicester City di laman sendiri susulan dijangkiti COVID-19.

Klopp mendedahkan bahawa pemain bintang Mesir itu kini boleh kembali beraksi menentang Atalanta dalam Liga Juara-Juara UEFA pada malam Rabu ini.

“Itu yang saya dengar. Salah disahkan negatif (COVID-19) hari ini (Ahad).

“Pada Isnin, kami akan menjalani latihan untuk Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) dan saya cukup yakin dia akan menghadirinya.

“Dia boleh berlatih kembali dengan kami pada Isnin,” kata Klopp pada Ahad.

Pada 13 November lalu, Salah disahkan positif jangkitan koronavirus berkenaan biarpun tidak menunjukkan sebarang gejala.

Menurut laporan Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) menerusi laman web rasminya, pemain yang berusia 28 tahun itu didapati positif selepas pihak perubatan pasukan kebangsaan melakukan ujian saringan.

Berita penuh : AstroAwani

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS