Mou Antara Kerajaan Dan Pembangkang (PH) terbatal?
Mou Antara Kerajaan Dan Pembangkang (PH) terbatal?

Mou Antara Kerajaan Dan Pembangkang (PH) terbatal?

Memetik laporan Malaysiakini

Pakatan Harapan (PH) menganggap perjanjian persefahaman gabungan itu dengan kerajaan tidak terbatal dengan gagalnya usul melanjutkan penguatkuasaan salah satu subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 – atau Sosma – di Dewan Rakyat semalam.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata dia mengikuti perjalanan sidang berkenaan walaupun masih menjalani kuarantin kendiri kerana positif Covid-19.

Katanya dia menegaskan sekali lagi memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada tahun lalu tidak terbatal.

“Seperti yang dijelaskan beberapa ahli parlimen, usul itu bukan sebahagian daripada MOU di antara kerajaan dan PH.

“Penolakannya tidak mendatangkan kesan sama sekali kepada perjalanan MOU tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam usul dibawa kerajaan gagal sokongan mencukupi apabila undian pembangkang mengatasi sokongan wakil kerajaan.

Usul itu ialah bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Sosma bagi membolehkan polis menahan seseorang suspek selama 28 hari tanpa perlu membawanya ke mahkamah.

Selepas undian dikira terdapat 84 ahli parlimen bersetuju dengan cadangan tersebut namun ada 86 ahli parlimen yang menolaknya.

Seramai 50 orang lagi ahli parlimen tidak hadir.

Ekoran keputusan tersebut beberapa pemimpin Umno berpendapat, Ismail Sabri sudah mempunyai sebab untuk memohon agar parlimen dibubarkan kerana MOU dengan PH sudah terbatal.

Antaranya anggota Majis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii, bekas ahli parlimen Johor Bahru Shahrir Samad dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

 

(Visited 17 times, 1 visits today)

COMMENTS