MP kerajaan PN nikmati udang galah, rakyat rayu bekalan makanan

MP kerajaan PN nikmati udang galah, rakyat rayu bekalan makanan

Kerajaan PN didakwa berbelanja mewah untuk tajaan makanan tengahari sepanjang persidangan Dewan Rakyat pada sesi ini yang bermula pada 13 Julai lalu dan berlanjutan hingga 27 Ogos.

Perbelanjaan tersebut melibatkan peruntukan Kementerian dan GLC tertentu yang akan menaja jamuan untuk ahli parlimen kerajaan tersebut secara bergilir-gilir.

Menurut Prabakaran, hal berkenaan dikesan melalui catatan pada papan putih di bilik ketua whip PN.

“Saya mohon penjelasan daripada ketua whip kerajaan mengenai peruntukan dari kementerian dan GLC itu sebenarnya duit siapa?

“Ini duit rakyat untuk pentadbiran negara ini dan ekonomi.

“Dalam suasana (krisis) Covid-19 ni, apabila rakyat Malaysia hanya makan ubi kentang, mereka (ahli parlimen PN) makan udang galah,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Malah Prabakaran mendakwa ada anggota parlimen yang bukan saja menikmati hidangan berkenaan di kedai terbabit malah membungkus makanan semasa pulang.

 

Sementara itu, Berita Harian hari ini melaporkan penduduk sekitar Napoh terutama yang berpendapatan rendah, berharap kerajaan menyalurkan bantuan makanan kerana mereka tidak dapat bekerja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di pekan itu.

Tinjauan di kedai runcit sekitar Napoh mendapati kebanyakan bekalan roti kehabisan sejak semalam lagi.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan pelaksanaan TEMCO di empat mukim iaitu Mukim Hosba, Mukim Ah, Mukim Binjal (Padang Terap) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) susulan penularan wabak COVID-19 menyebabkan aktiviti ekonomi terhenti dikawasan berkenaan.

Ramai penduduk yang terjejas merupakan rakyat tempatan yang rata-ratanya bekerja sendiri untuk menampung hidup, kini tidak dapat lagi bekerja dan mengharapkan bantuan kerajaan untuk kelangsungan hidup.

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (3 )