Muhyiddin jumpa Tun M bincang kerjasama hadapi UMNO pada PRU-15
Muhyiddin jumpa Tun M bincang kerjasama hadapi UMNO pada PRU-15

Muhyiddin jumpa Tun M bincang kerjasama hadapi UMNO pada PRU-15

“Setakat ini ‘approach’ sudah ada tetapi setuju atau tidak belum ada lagi. Mungkin saya boleh katakan buat masa ini kita kurang setuju dengan apa yang dicadangkan,” kata Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sidang akhbar selepas program bersama Pejuang Terengganu, di sini pada Khamis.

Mukhriz mendedahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengemukakan cadangan gabungan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

MENARIK UNTUK ANDA: Mahfuz Omar soal rakyat Malaysia, bersediakah untuk PRU ke-15?

Menurut Mukhriz, perjumpaan itu berlangsung sekitar dua minggu lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

“Tan Sri Muhyiddin ada datang jumpa Tun (Mahathir) dua minggu lalu selepas PRN Johor. Dia mohon jumpa, Tun kata ‘ok’ untuk jumpa. Cadangan dikemukakan ialah untuk bergabung dengan semua (parti) walaupun dia (Muhyiddin) dalam kerajaan (Perikatan Nasional).

Menurut Mukhriz, selain Bersatu, Pejuang turut menerima pelawaan daripada pembangkang untuk menjalinkan kerjasama dalam PRU15, namun tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

BACA JUGA:

Gempar! Bersatu bekerjasama dengan Pejuang hadapi PRU15 ?

(Visited 45 times, 1 visits today)

COMMENTS