"MUHYIDDIN TULIS SURAT KEPADA TUM M UNTUK BERTEMU"
“MUHYIDDIN TULIS SURAT KEPADA TUM M UNTUK BERTEMU”

“MUHYIDDIN TULIS SURAT KEPADA TUM M UNTUK BERTEMU”

Perdana Menteri Malaysia ke -8, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menulis surat kepada bekas Perdana Menteri yang jugak Pengerusi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir untuk bertemu.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet yant pertama, Muhyiddin berkata beliau menyatakan bahawa bersedia untuk berjumpa dengan Dr Mahathir pasa bila-bila masa demi untuk kepentingan Negara.

Beliau berkongsi intipati surat yang dihantar kepada Tun Mahathir untuk bertemu dan mahu Tun Mahathir Mengiktiraf Kerajaan yang dibentuk pada ketika ini.

Dalam Intipati surat, pertama saya mendoakan Tun dan keluarga sihat walafiat.
Yang Keduanya saya kata sekiranya dalam tempoh kemelut politik yang berlaku menyinggung perasaan Tun, saya mohon maaf.

Yang ketiga saya mohon jika ada masa untuk saya bertemu dengan Tun Dr Mahathir, tapi saya telah mendapat jawapan bahawa beliau kata belum sampai masa untuk berjumpa dengan saya,kata Tun Mahathir.

Selain itu, Muhyiddin berterima kasih kepada Tun Mahathir yang menyatakan kerajaan di bawah kepimpinannya akan kekal sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Muhyiddin berkata lagi, Kerajaan pimpinan beliau ini akan memperkukuhkan dari segi pentadbiran agar rakyat terus mendapat manfaat dari apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS