"Mukhriz gesa MB Kedah buat laporan segera"
“Mukhriz gesa MB Kedah buat laporan segera”

“Mukhriz gesa MB Kedah buat laporan segera”

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor disaran agar segera membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan pemindahan wang berjumlah RM13 juta milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) jika dirasakan wujud unsur salah guna kuasa.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, sebagai sebuah entiti yang ditubuhkan untuk membawa pelaburan dan keuntungan kepada negeri Kedah, sudah tentu akan wujud aliran keluar masuk dana dari MBI.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi dalam sidang media secara maya pada 21 dan 22 September lalu mengenai aliran keluar masuk dana itu jelas tidak konsisten dan bercanggah.

Mukhriz Mahathir menyarankan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor segera membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan pemindahan wang berjumlah RM13 juta milik MBI jika dirasakan wujud unsur salah guna kuasa. – AA

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS