My Sejahtera kini ada fungsi lapor langgar SOP
My Sejahtera kini ada fungsi lapor langgar SOP

My Sejahtera kini ada fungsi lapor langgar SOP

Orang ramai kini boleh melaporkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.

Fungsi baharu pada aplikasi itu yang membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkongsi perkara itu melalui ciapan Twitter yang turut disertai klip video pendek menunjukkan cara aduan dibuat.

Aplikasi MySejahtera kini dilengkapi dengan butang baharu “Aduan” yang akan membawa pengguna ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran yang ingin mereka laporkan.

Ia menyenaraikan empat pilihan: Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal); pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan); pelanggaran perintah kuarantin; dan isu lain.

Pengguna kemudian diminta menanda lokasi tempat pelanggaran yang didakwa terjadi, sebelum memuat naik foto sebagai bukti.

(Visited 46 times, 1 visits today)

COMMENTS