MyVi rempuh kanak-kanak dicari

MyVi rempuh kanak-kanak dicari

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di kepala selepas basikal ditunggangnya dirempuh kereta ketika berhenti di persimpangan Jalan Taman Puchong Indah di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kanak-kanak terbabit yang berhenti di persimpangan itu dirempuh pemandu kereta Perodua Myvi yang hilang kawalan dan terbabas ketika memandu dari jalan utama dalam kejadian pada 7 malam.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang dengan ambulans selepas parah di kepala.

“Setakat ini, pemandu kereta belum membuat laporan, hanya satu laporan polis dibuat oleh saksi yang melihat kejadian.

“Mangsa masih mendapatkan rawatan dan keadaannya stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, polis sedang mengesan pemilik Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran BPG 9793 untuk membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat di media sosial hari ini mengenai kejadian itu.

Berita Penuh : HARIAN METRO

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )