Najib Menggesa Bekas Gabenor BNM Menjawab Dakwaan 1MDB
Najib Menggesa Bekas Gabenor BNM Menjawab Dakwaan 1MDB

Najib Menggesa Bekas Gabenor BNM Menjawab Dakwaan 1MDB

Najib Razak menggesa bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Aziz, menjawab pendedahan sebuah laman blog yang membongkar
beberapa dokumen yang dikaitkan dengan keluarganya, yang didakwa pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli
perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, termasuk dari 1MDB ke akaun mereka di Singapura.

“Sejurus selepas pilihan raya umum ke-14, bekas gabenor BNM sejak 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi
tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun saya termasuk dana yang dikatakan RM2.6 bilion itu.

“Masa itu, saya amat hairan kenapa dia boleh cakap begitu sedangkan dia yang nasihat saya untuk buka akaun atas nama
saya sendiri (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana asing tersebut dan mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak
tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi
besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.

Laman MalaysiaToday semalam mendedahkan bahawa pegawai kanan di AmInvestment Bank Bhd (AmInvestment) didakwa berkomplot
untuk membantu dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Low, memperoleh keuntungan berjuta-juta daripada bon 1MDB pada hari
pertama ia dikeluarkan.

Penjualan bon bernilai RM5 bilion itu dikatakan diatur oleh AmInvestment dan diluluskan oleh ketua eksekutif TIA ketika itu, Shahrol Halmi, walaupun mendapat tentangan daripada pemegang saham, kerajaan Terengganu.

Penerbitan bon bernilai RM5 bilion, yang dikatakan untuk pembangunan bersama Pulau Bidong dengan Mubadala, dibuat tergesa-gesa atas nasihat penasihat khas TIA tanpa menyelesaikan isu dibangkitkan oleh lembaga pengarahnya.

Wang yang diperoleh 1MDB daripada bon tersebut digunakan untuk membayar USD1 bilion kepada PetroSaudi JV. Bagaimanapun, penyiasat kes itu juga menyahihkan USD700 juta telah dipindahkan ke syarikat yang dikaitkan dengan Low, Good Star Ltd.

Low kemudian didakwa memindahkan berjuta dolar kepada pelbagai individu dan entiti serta suami Zeti, Tawfiq Ayman, turut terbabit menerusi syarikat yang dikaitkan dengannya, Cutting Edge Industries Ltd, dalam satu surat bertarikh 13 Mac 2019.

Pada Julai 2018, Zeti dalam kenyataan terbukanya menafikan dakwaan Najib bahawa beliau mengetahui kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas perdana menteri itu. – FMT

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS