Najib Razak bakal menjadi penghuni di Sungai Buluh?

Najib Razak bakal menjadi penghuni di Sungai Buluh?

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak bakal dihantar ke penjara selepas hakim menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan proses migitasi kepada Isnin depan dan mahu ia diteruskan sekarang selepas ketua pasukan pendakwaan V Sithambaram membantahan permohonan menangguhkan prosiding.

Katanya, Seksyen 183 Kanun Tatacara Jenayah jelas menyebut bahawa mahkamah terikat dengan tanggungjawab menjatuhkan hukuman selepas sabitan kes. Katanya, status jaminan sebelum sabitan tidak sama dengan sebelum sabitan kes.

Sebelum itu, ketika pendengaran untuk menangguhkan migitasi, peguam bela Shafee Abdullah berkata anak guamnya tidak berisiko lari ke luar negara dan jaminan patut dikekalkan.

Shafee berkata Najib membayar jaminan sebanyak RM6 juta dengan pasport diserahkan kepada mahkamah dan disenarai hitam oleh pihak imigresen daripada ke luar negara.

“Sebagai bekas perdana menteri, dia ada polis pengiring. Polis akan selalu pantau. Jika dia cuba lari, mereka akan maklumkan segera pada IGP,” kata Shafee.

Sumber: Malaysiakini

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )