Nak tukar PM sekarang pun boleh,Tapi PH taknak - Mat Sabu
Nak tukar PM sekarang pun boleh,Tapi PH taknak – Mat Sabu

Nak tukar PM sekarang pun boleh,Tapi PH taknak – Mat Sabu

Menurut Laporan FMT:

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) boleh menjatuhkan kerajaan masa ini jika gabungan parti itu mahu, menurut Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, beliau berkata PH tidak akan berbuat demikian berikutan telah mengikut Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dengan parti pembangkang.

“Kerajaan dibina melalui ‘Sheraton Move’ tak stabil. Tak lama perdana menteri berkuasa dan tukar PM baru (beberapa kali).

“Sekarang kalau kami mahu Perdana Menteri ini pun boleh ditukar. ‘If we want’. Kami tak mahu Kami dah buat perjanjian MoU. Jadi perdana menteri buat lah kebaikan untuk rakyat sehingga PRU akan datang,” katanya ketika membahaskan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali panggilan sebagai Mat Sabu berkata setakat ini Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengikut MoU yang telah dimertai dengan pembangkang.

Beliau berkata bagaimanapun MoU yang dimeteraikan itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

“(Lihat) bagaimana sikap keterbukaan pihak kami. Kalau kami mahu dengan majoriti sedikit di sana kita boleh tawar apa-apa saja jawatan pada mereka (kerajaan) datang sebelah sini. (Jadi) menteri pula aku.

“Tetapi kita bukan jenis itu. Kalau dah tandatangan MOU, kita ikut. Perdana menteri setakat ini Alhamdulillah lihat ikut setiap dengan MoU ini,” katanya.

Mohd Sabu berbicara santai bersama PM dan rakan pembangkang yang lain seusai perbahasan ditangguhkan tengahari tadi.

 

Baca Juga:

JKR jawab jeti kayu berharga RM50000 sebab guna kayu belian

Bantu rakyat dengan kembalikan GST?

 

(Visited 34 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )