Nama Siti Hariesa kini tular akibat adegan 'PANAS'
Nama Siti Hariesa kini tular akibat adegan ‘PANAS’

Nama Siti Hariesa kini tular akibat adegan ‘PANAS’

Nama Siti Hariesa tular selepas tersebar klip aksi panas bersama Zul Ariffin, bukan calang-calang orang ni.

Tiada angin, tiada ribut. Secara tiba-tiba, pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.

Terdahulu, drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Mimi Lana pernah menjadi bualan ramai setelah salah satu watak dalam drama itu ditawarkan kepada usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli.

BUAT hal lagi! Babak panas yang dimuat naik pelakon Zul Arifin di laman sosial pada malam Jumaat menerima kecaman netizen.

Video memperlihatkan pelakon 35 tahun itu mendukung pelakon baharu Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah filem lucah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa dengan aksi yang dipercayai drama baharu lakonannya berjudul Perempuan Itu.

Lebih menimbulkan kemarahan apabila drama arahan Erma Fatima itu difahamkan bakal ditayangkan pada Ramadan ini.

“Kita sibuk bersedia untuk Ramadan dan kamu mempromosi drama begitu?”

“Mereka cuba bawa 50 Shades of Gray dalam industri Malaysia. Perkara ini terlalu menjijikkan.

“Zul Ariffin saya ingat anda dah berhijrah? ErmaFatima anda merosakkan bulan Ramadan!” ujar beberapa netizen.

Video yang dikongsi kira-kira pukul 9 malam tadi kini sudah mencecah 800,000 tontonan dan lebih 12,000 komen di Instagram.

Malah, nama Zul Ariffin kini trending di Twitter gara-gara aksi tersebut.

Zul Yahya Turut Tampil Beri Nasihat

Menerusi Live Facebook, Zul Yahya meluahkan rasa malu dan kesal dengan apa yang terjadi di dalam industri hiburan Malaysia.

Sewaktu beliau sendiri terlibat dalam dunia lakonan dahulu tiada babak babak panas yang memalukan waktu itu. Adakah kita mengikut budaya barat?

“Nama sama hujung hujung pelakon itu cuma bapak dia dan bapak saya tak sama” – Zul Yahya

Zul Yahya turut memberi teguran kepada Zul Ariffin, producer, penerbit dan siapa yang terlibat.

Zul Yahya juga mengajak semua netizan berhneti dari perkongsi video terbabti dan sama-sama untuk b0ikot

“Jangan kita jadi sebahagian yg menyebarkan adengan berzin4 dan perkara2 maksiat yg lain … sipelaku untung , kita rugiii promosi murahan ! Boik0t !”

(Visited 124 times, 1 visits today)

COMMENTS