Neelofa Didakwa Sudah Berkahwin, Terkena Minyak Pengasih?
Neelofa Didakwa Sudah Berkahwin, Terkena Minyak Pengasih?

Neelofa Didakwa Sudah Berkahwin, Terkena Minyak Pengasih?

Penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara perbualan hangat netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan Haris yang dikatakan bergolakan sejak semalam.

Terdapat penularan beberapa tangkap layar paparan perbualan WhatsApp antara dua individu yang mendakwa bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu sudah bernikah secara senyap-senyap bersama Haris atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz di Kelantan baru-baru ini. -Kosmo

Dalam perbualan tersebut turut mendedahkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.

Baca Juga : Tular Di Media Sosial Neelofa Dan PU Riz Putus Tunang?

“Neelofa nikah di Kelantan tanpa pengetahuan Noor Kartini (ibu) dan Abdul Halim Khan (bapa tiri).

“Seminggu duit Neelofa habis RM100,000 beri kepada PU Riz dan keluarga,” dakwa individu terbabit.

Paparan mesej juga mendedahkan bahawa Neelofa, 31, kini sedang berubat kerana didakwa terkena ubat pengasih.

“Sekarang Neelofa sedang berubat, dia kena minyak pengasih,” kata individu tersebut.

Terdahulu, adik-beradik Neelofa termasuk Amira Khan memuat naik doa di Instagram supaya selebriti itu dijauhkan daripada sebarang perkara buruk.

“Jika seseorang menunjukkan siapa diri mereka sebenar, jangan cuba untuk menutupnya,” katanya.

Bekas Pengacara Meletop itu juga dirisik keluarga Haris pada 1 Nov lalu dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Neelofa.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan netizen mendoakan hubungan Neelofa dan Haris atau PU Riz kembali membaik dan mendapat restu keluarga.

Malahan, netizen juga berharap agar majlis perkahwinan yang sepatutnya dirancang diadakan pada bulan Mac 2021 akan tetap diteruskan.

Baca Juga : Tular Di Media Sosial Neelofa Dan PU Riz Putus Tunang?

(Visited 60 times, 1 visits today)

COMMENTS