Neelofa Nafi Kahwin Senyap-Senyap, Terkena Minyak Pengasih
Neelofa Nafi Kahwin Senyap-Senyap, Terkena Minyak Pengasih

Neelofa Nafi Kahwin Senyap-Senyap, Terkena Minyak Pengasih

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Neelofa menafikan pelbagai spekulasi yang tidak enak yang tular di media sosial berhubungan beliau dengan PU Riz.

Neelofa menafikan satu khabar angin lain yang menyatakan bahawa mereka berdua telah berkahwin secara senyap di Kelantan. Beliau Juga menafikan terkena minyak pengasih sehingga mahu memberikan sejumlah wang yang banyak kepada PU Riz dan keluarganya.

Baca Juga :Neelofa Didakwa Sudah Berkahwin, Terkena Minyak Pengasih?

“Cerita itu tidak benar sama sekali dan sejujurnya ia merupakan satu tuduhan yang amat berat. Alhamdulillah seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik dan kesihatan yang terbaik,” kata Neelofa.

Neelofa juga memohon semua pihak supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut bulat-bulat.

Dalam pada itu, Neelofa memaklumkan bahawa keluarganya dan keluarga PU Riz sedang dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian sekaligus mengakui terdapat konflik dalam hubungan mereka.

Neelofa turut menghargai sokongan keluarganya yang berterusan dan berharap perkara ini tidak akan berterusan.

Baca Juga : Tular Di Media Sosial Neelofa Dan PU Riz Putus Tunang?

(Visited 65 times, 1 visits today)

COMMENTS