Ngah Wanja makin tajam di depan gawang, pemusnah baru Kedah DA FC
Ngah Wanja makin tajam di depan gawang, pemusnah baru Kedah DA FC

Ngah Wanja makin tajam di depan gawang, pemusnah baru Kedah DA FC

Pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak gembira penyerang utamanya, Ronald Ngah semakin serasi bersama skuad Sang Kenari dalam menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim ini. Kini Ngah Wanja makin tajam di depan gawang dan mampu menjadi pemusnah baru Kedah DA FC.

Katanya, ketajaman Ngah yang juga penjaring terbanyak Liga Jordan bersama kelab Al-Salt pada musim lalu itu, kian menyerlah selepas meledak dua gol ketika membantu Kedah menewaskan Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya, Ahad lalu.

“Peranan Ronald Ngah sangat penting buat pasukan. Beliau sedang menunjukkan keserasian yang baik bersama rakan sepasukan dan perkembangan ini memberi lebih keyakinan buatnya bagi menghadapi perlawanan akan datang.

Ngah Wanja makin tajam di depan gawang, pemusnah baru Kedah DA FC

“Dua gol yang dihasilkan dalam perlawanan menentang Penang FC itu pastinya memberi suntikan semangat bukan sahaja buat dirinya, tetapi keseluruhan pasukan yang bekerja keras mencari kemenangan pada setiap perlawanan,” katanya.

Aidil juga berharap penyokong Kedah bersatu hati dan dapat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada penyerang kelahiran Cameroon itu bersandarkan keupayaannya yang kini semakin meningkat bersama pasukan dalam membantu Kedah memburu kemenangan.

Dalam lima perlawanan Liga Super setakat ini, Ngah berjaya meledak tiga gol termasuk satu ketika berdepan Sarawak United manakala dua lagi ketika menentang Penang FC.

(Visited 129 times, 1 visits today)

COMMENTS