NINDIA Lima 'otai' masih berbisa di Liga Super
NINDIA Lima ‘otai’ masih berbisa di Liga Super

NINDIA Lima ‘otai’ masih berbisa di Liga Super

Pengalaman yang dimiliki pemain senior sebenarnya sangat penting terutamanya dalam menggerakkan strategi pasukan ketika bermain. Kehadiran pemain ‘otai’ itu sebenarnya membangkitkan semangat pasukan untuk beraksi dengan baik.

Di dalam saingan liga tempatan juga masih ada jurulatih yang memilih pemain tua untuk bersama dalam pasukan atas dasar kemampuan dan pengalaman yang dimiliki.

Baca Juga: Renan Alves luah rasa ingin kembali tetapi bersyarat

Berikut merupakan lima pemain berusia yang masih ditagih khidmatnya oleh jurulatih untuk bersama pasukan masing-masing memetik laporan dari Majoriti.

Amri Yahyah

Walaupun sudah berusia 41 tahun, Amri Yahyah atau juga dikenali dengan nama Wak Am masih lagi menjadi taruhan pasukannya kini, Sabah FC.

Pada musim lalu, Amri telah membuat 21 penampilan bersama Sabah FC dan menjaringkan 4 gol.

Walaupun sudah berusia 41 tahun, Amri Yahyah atau juga dikenali dengan nama Wak Am masih lagi menjadi taruhan pasukannya kini, Sabah FC.

Sepanjang kariernya, Amri paling lama beraksi bersama skuad Selangor sejak 2001 hingga 2013 sebelum berhijrah ke Johor Darul Ta’zim pada 2014 hingga 2016.

Selepas itu dia beraksi bersama Melaka United pada 2017 sebelum kembali semula ke pangkuan Selangor pada 2018 hingga 2019.

Pada 2020, Amri berhijrah pula ke Sarawak United dan kini beraksi bersama skuad Sabah FC.

Sepanjang kariernya, dia telah merangkul 19 trofi iaitu Liga Super, Piala FA, Liga Premier termasuk dua trofi antarabangsa, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Piala AFF 2015.

Terbaharu, Wak Am mencipta rekod sebagai pemain paling tua melakar hatrik ketika menundukkan KDA FC dalam saingan Liga Super pada April lalu.

Norshahrul Idlan Talaha

Menginjak usia 36 tahun, Norshahrul Idlan Talaha atau juga dikenali sebagai Matyo sebenarnya membuat kejutan ketika dia memilih untuk bersama Melaka United bagi saingan Liga Super.

Matyo memulakan karier profesionalnya pada 2003 bersama Perak namun beliau mula menempa nama dengan Kelantan di bawah kendalian B. Sathiananthan.

Norsharul idlan talaha (Kiri) antara pemain senior yang masih ditagih khidmatnya oleh jurulatih

Beliau kemudian berhijrah ke JDT pada penghujung 2012 sebelum berpindah ke ATM pada 2015, Terengganu (2016), Felda United (2017), Pahang (2018), BG Pathum United (2020) dan Sarawak United (2021).

Matyo juga merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan yang memenangi Piala AFF Suzuki 2010, naib juara Piala AFF Suzuki 2014 dan naib juara Piala AFF Suzuki 2018.

Sepanjang kariernya, beliau meraih 11 trofi termasuk Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, Piala AFF dan Liga Thailand.

Kunanlan Subramaniam

Beraksi di bahagian tengah, Kunanlan, 36, memang dikenali sebagai pemain yang cukup terkenal dengan kelajuan lariannya.

Malah, ramai pemain pertahanan gagal mengawal Kunanlan disebabkan kelajuannya berlari.

S. Kunanlan pemain yang cukup terkenal dengan kelajuan lariannya.

Kunanlan memulakan kerjayanya dalam bola sepak bersama dengan skuad Selangor bawah 19 tahun pada 2003 hingga 2005.

Dia kemudian berhijrah pada 2006 hingga 2012 bersama Negeri Sembilan, Selangor (2012-2014) sebelum disambar JDT pada 2015 hingga kini.

Sepanjang aksinya sebagai pemain bola sepak, Kunanlan telah meraih 18 trofi termasuk Liga Super, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Di peringkat antarabangsa, Kunanlan turut memperoleh trofi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2015, Pingat Emas Sukan Sea Laos (2009) dan juara Piala AFF Suzuki 2010.

Azamuddin Akil

Azamuddin Akil, 37 atau juga dikenali dengan nama Alex mula beraksi untuk skuad Pahang bawah 21 tahun pada 2003 hingga 2005.

Dia kemudian beraksi bersama beberapa pasukan lain iaitu Shahzan Muda (2005-2008); UPB-MyTeam (2008-2010); Pahang (2010-2015); JDT (2016-2017), Selangor (2019) dan Kedah (2019 hingga kini).

Azamuddin Akil masih bermain walaupun hanya menjadi ‘supersub’

Sepanjang kariernya, Azamuddin telah meraih 10 trofi termasuk Liga Super, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Azamuddin juga antara yang membantu negara untuk bergelar naib juara dalam Piala AFF pada 2014.

Azmi Muslim

Azmi Muslim, 36, dikenali sebagai pemain pertahanan yang cukup kebal untuk dibolosi dan mempunyai perwatakan yang tegas di dalam padang.

Sepanjang kariernya, Azmi telah beraksi untuk 10 pasukan iaitu UPB-MyTeam (2006-2008); Kedah (2008-2011); ATM (2012); JDT (2013); Felda United (2013); Selangor (2014-2016); PKNS (2017); Melaka United (2018) Perlis (2019) dan kini bersama Penang FC sejak 2020.

Azmi antara pemain yang pernah membantu negara mendapat naib juara dalam Piala AFF 2014 dan pingat emas dalam Sukan Sea Laos pada 2009.

Baca Juga: 3 pemain ‘Left Back’ tempatan bisa bikin Kim Pan Goon ‘tersenyum’

(Visited 1,295 times, 1 visits today)

COMMENTS