Number itu dah digunakan oleh orang lain tanpa sedar - Mokhtar senik.
Number itu dah digunakan oleh orang lain tanpa sedar – Mokhtar senik.

Number itu dah digunakan oleh orang lain tanpa sedar – Mokhtar senik.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik memberitahu nombor telefon lamanya telah digunakan pihak lain tanpa sedar.

Sehubungan itu, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang berkenaan telah menggunakan nombor lain yang akan dimaklumkan nanti.

“Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Memandangkan nombor lama saya telah diguna oleh pihak lain tanpa sedar, maka saya berpindah ke nombor lain.

Boleh jadi ada sahabat-sahabat yang call atau mesej atau Whatsapp ke nombor lama, pasti tidak ada yang menjawab. Kerana nombor itu telah saya block sepenuhnya.

“Nombor baru saya insyallah akan saya maklumkan nanti. Sebelum ini saya banyak guna wifi sahaja untuk WhatsApp. Insyallah kita ketemu nanti,” katanya yang mempunyai seramai 45,488 pengikut di Facebook.

Minggu ini, nombor telefon Mokhtar tular di media sosial selain kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire lengkap dengan nombor plat yang dikatakan merupakan miliknya.

Dalam masa sama, Mokhtar berkongsi rakaman video berkenaan cara akaun Facebook seseorang individu boleh dipautkan ke profil media sosial orang lain.

“Di bawah saya tunjukkan video mudah untuk kita berhati-hati. Bukan sahaja scammer tapi ramai lagi di luar sana,” dakwa pemilik Pondok Annur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu lagi.

Tular di dalam media sosial ketika ini perbualan whatsapp diantara Mokhtar senik dengan seorang wanita bernama ‘eleena’ juga kereta Vellfire bernombor NDF 2427 yang dikatakan milik Mokhtar senik.

Selain itu, tular juga video seorang lelaki yang menyerang kereta Vellfire yang dikatakan milik mokhtar di media sosial. Lelaki tersebut datang bersama wanita yang bernama ‘eleena’.

(Visited 31 times, 1 visits today)

COMMENTS