“Nurse pesan jangan tonyoh” – Doktor dedah pengalaman divaksin

“Nurse pesan jangan tonyoh” – Doktor dedah pengalaman divaksin

Hari ini menjadi detik bersejarah kerana bermulanya program vaksinasi COVID-19 secara percuma ke seluruh Malaysia. Baik warga tempatan atau asing, setiap orang mendapat peluang sama rata sebagai perlindungan daripada wabak yang sudah lebih setahun menular. Akan tetapi, golongan anti vaksin nampaknya giat menyebarkan ketakutan kononnya penawar ini mempunyai kesan sampingan melampau pada kesihatan.

Maka, perkongsian daripada seorang doktor yang sedang bertugas di India ini mungkin boleh membuka mata ramai. Beliau dan rakan-rakan lain mendapatkan rawatan vimunisasi itu pada hari Sabtu yang lalu. Apalagi selaku doktor gigi yang selalu berjumpa dengan patient hampir setiap hari, sudah tentu vaksin tersebut menjadi satu keperluan penting buat tubuh mereka.

Apabila sampai ke pusat rawatan, mereka ditanyakan soalan sama ada pernah mengambil vaksin ini atau tidak. Jika ada, penerimaan vaksin dos pertama dan kedua mestilah dalam jarak masa selepas 1 bulan. Setelah melengkapkan borang penting, Dr Wani terus masuk ke ruangan vaccination dan diberikan injection pada lengan sebelah kiri.

Tidak dinafikan, beliau mengalami beberapa simptom seperti masalah demam merangkumi pening kepala, keletihan serta rasa tidak sedap badan. Katanya, kesan sampingan itu boleh dirasai sehari ataupun seminggu selepas pengambilan vaksin. Ia adalah perkara normal, justeru Dr Wani berharap masyarakat tidak takut untuk mendapatkan rawatan imunisasi COVID-19.

-KD

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )