Ohh ini rupa Honda HR-V Terbaru
Ohh ini rupa Honda HR-V Terbaru

Ohh ini rupa Honda HR-V Terbaru

Honda Prospect Motor (HPM) yang merupakan wakil pengedar rasmi di Indonesia telah melancarkan Honda HR-V (2022) di negara itu. Pergh! Apa kelainan yang dibawakan untuk model ini? Meh kami nak share..

Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini telahpun diperbaharui dengan rekabentuk yang nampak lebih cantik, moden dan sesuai untuk semua golongan tak kira tua atau muda.

Menurut laporan Pandu Laju, Honda HR-V di sana didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu S, E, SE dan Turbo RS.

Bagi varian S, E dan SE, ia dikuasakan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan 119hp kuasa kuda dan tork sehingga 145Nm. Model RS pula dijana dengan enjin 1.5L VTEC Turbo yang mampu menghadilkan 175hp kuasa kuda dan tork sehingga 240Nm.

Keempat-empat varian itu didatangkan dengan trasmisi automatik CVT bersama teknologi bantuan pemandu Honda SENSING. Pergh! Memang terbaik.

Bukan tu jer, Honda HR-V ini juga hadir dengan kluster instrumen TFT 4.2 inci, dan unit infotainment sebesar 7 inci.

Bagi ciri keselamatan pula, model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Apa pandangan korang dengan design dan spesifikasi yang ada pada Honda HR-V terbaru ni? Walaubagaimanapun, tidak dipastikan lagi sama ada model ini akan masuk ke pasaran Malaysia ataupun tidak.

Kredit: Pandu Laju

(Visited 24 times, 1 visits today)

COMMENTS