
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.
PM Muhyiddin Yassin umum pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19.
π Pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat berjumlah RM250 billion – PM Muhyiddin
π COVID-19: Kerajaan tingkatkan elaun khas untuk petugas kesihatan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April sehingga wabak berakhir.
π Syarikat insurans dan takaful keluarga akan tawar penangguhan bayaran premium untuk tiga bulan bagi pencarum terjejas akibat COVID-19.
π Pelajar institusi pengajian tinggi akan terima bantuan secara one-off RM200 seorang yang akan dibayar pada Mei 2020, libatkan peruntukan RM270 juta.
π Golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, OKU, gelandangan dan orang asal akan juga akan dibantu.
π RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion sokong perniagaan dan RM2 bilion perkukuh ekonomi negara.
π Kerajaan benarkan pengeluaran pra-persaraan daripada akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dari April-Disember.
π Kerajaan setuju panjangkan pengecualian bayaran sewa bagi PPR daripada sebulan kepada enam bulan dengan jumlah kos RM3 juta ditanggung kerajaan.
π Bantuan tunai secara one-off RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
π Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban ditanggung semua pihak.
π Bantuan tunai secara one-off RM1,000 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan bulanan lebih RM4,000 hingga RM8,000.
π Baki pemberian tunai di bawah program BSH yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai.
π Bantuan tunai one-off RM500 kepada individu bujang 21 tahun ke atas, berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.
π Bayaran balik pinjaman PTPK ditangguh enam bulan mulai 1 April hingga 30 September.
π PM Muhyiddin seru kerajaan negeri, PBT untuk beri penangguhan pembayaran bulanan PPR di negeri masing-masing.
π Premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria dan kedai serbaneka diberi pengecualian sewaan selama enam bulan.
π Bantuan tunai RM500 secara one-off akan diberi kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk yang bekerja secara kontrak.
π Pesara kerajaan turut terima bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off.
π RM1 bilion diperuntukkan kepada Dana Jaminan Makanan.
π TNB beri diskaun berperingkat antara 15 hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
π Bantuan secara one-off RM500 akan diberikan kepada 120,000 pemandu e-hailing.
π RM100 juta diperuntuk untuk sediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
π Tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi.
π Pakej PRIHATIN merupakan manifestasi kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
π Semua kementerian diarah kaji semula belanjawan bagi mencari penjimatan agar ia dapat digunakan untuk menampung langkah jangka sederhana menangani COVID-19.
π Program Subsidi Upah diperkenalkan bantu majikan kekalkan pekerja dengan sediakan RM600 sebulan bagi setiap pekerja selama tiga bulan.
π Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, pastikan semua bantuan yang disediakan sampai dengan cepat.
π KWSP perkenal Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.
π Dana tabung Bantuan Kemudahan Khas akan ditambah sebanyak RM3 bilion, selain kadar faedahnya dikurangkan kepada 3.5 peratus.
π Peruntukan RM2 bilion akan diguna untuk beberapa projek yang dikenalpasti mempunyai kesan pengganda tinggi dan mampu mengekalkan pekerjaan.
π Mengecualikan pembayaran levi Tabung HRDF bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai April 2020.