Panas!! Anwar kemuka usul dedah skandal TIM LEISSNER di dewan rakyat?
Panas!! Anwar kemuka usul dedah skandal TIM LEISSNER di dewan rakyat?

Panas!! Anwar kemuka usul dedah skandal TIM LEISSNER di dewan rakyat?

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk membahaskan keterangan Tim Leissner berhubung penglibatan Bank Negara (BNM) berkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, ia adalah perkara yang memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan orang ramai.

“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya.

Anwar secara khususnya meminta Azhar membenarkan perbahasan mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan dua institusi tersebut.

Dalam keterangannya pada perbicaraan rasuah bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng di New York minggu lepas, Leissner memberitahu juri bahawa BNM meluluskan pindahan tukaran mata wang asing sebanyak USD1 bilion “dalam tempoh semalaman” daripada 1MDB kepada PetroSaudi International selepas suami Zeti Akhtar Aziz, yang ketika itu merupakan gabenor BNM, “menerima rasuah untuk melaksanakannya”.

Bagaimanapun, apabila ditanya oleh pendakwa, Leissner tidak dapat mengesahkan sama ada rasuah itu telah dibayar. Suami Zeti, Tawfiq Ayman, menafikan dakwaan itu.

Leissner menyifatkan kepantasan BNM memberi kelulusan pindahan itu sebagai sesuatu yang “tidak pernah berlaku” disebabkan dasar kawalan modal yang dilaksanakan pada masa itu (2009).

Difahamkan USD1 bilion itu termasuk USD700 juta yang dipindahkan kepada syarikat Good Star Ltd yang didakwa dikawal oleh Low Taek Jho atau Jho Low.

Anwar berkata, perbahasan perlu dipercepatkan kerana pendedahan itu berada di peringkat antarabangsa dan memerlukan penjelasan segera daripada kerajaan.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang turut bertitah bahawa isu rasuah perlu diberi perhatian serius bagi memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran.-AB

(Visited 17 times, 1 visits today)

COMMENTS