Panas! Muhyiddin 'comeback' PM ke-10?
Panas! Muhyiddin ‘comeback’ PM ke-10?

Panas! Muhyiddin ‘comeback’ PM ke-10?

Bersatu akan mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika parti itu menang pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), kata seorang ahli Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT) mengikut laporan FMT.

Razali Idris berkata, Presiden Bersatu itu adalah calon paling layak untuk dilantik semula sebagai perdana menteri, memandangkan beliau telah membuktikan kemampuannya mentadbir negara selama 17 bulan sebelum ini.

“Bersatu akan mencadangkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri pada PRU akan datang kerana beliau meletakkan jawatannya bukannya ditolak rakyat, sebaliknya ditolak oleh 15 ahli Parlimen terutama daripada Barisan Nasional (BN), diketuai Ahmad Zahid Hamidi.

“Muhyiddin akan dicadang sebagai calon perdana menteri kerana beliau adalah presiden parti berbanding Umno yang hanya mencadangkan naib presidennya, Ismail Sabri Yaakob,” katanya kepada media selepas program moreh bersama media di Kuala Terengganu semalam, lapor Berita Harian.

Walaupun semua parti boleh mencadangkan pimpinan tertinggi sebagai calon perdana menteri, katanya, Bersatu menganggap agak janggal apabila Umno mencadangkan pemimpin yang berada di kedudukan ketiga dalam parti.

“Ke manakah perginya, dan adakah pemimpin berjawatan nombor satu dan dua dalam parti itu tidak berkelayakan untuk dicalonkan?”

Dalam pada itu, Razali berkata, Bersatu dan semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) tetap menyokong Ismail sebagai perdana menteri pada masa ini.

“Kita dan pemimpin parti dalam PN termasuk PAS akan terus memberi sokongan kepada Ismail sehinggalah beliau membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU diadakan,” katanya.

Pada Khamis, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti sebulat suara mencadangkan Ismail sebagai calon perdana menteri jika menang pada PRU15.

(Visited 296 times, 1 visits today)

COMMENTS