Panas!! Musa Aman 'Comeback', berganding dengan Bung Moktar?
Panas!! Musa Aman ‘Comeback’, berganding dengan Bung Moktar?

Panas!! Musa Aman ‘Comeback’, berganding dengan Bung Moktar?

Pertemuan antara bekas ketua menteri Musa Aman dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin serta pasukan pemimpin Umno telah mencetuskan spekulasi hangat.

Spekulasi mengenai orang kuat Umno Sabah itu kembali ke persada politik negeri menjadi bualan hangat dalam kalangan ahli politik serta pihak media.

Gambar pertemuan itu yang dimuat naik di akaun Facebook Bung pada Jumaat lalu mendapat 3,000 tanda suka, lebih 300 komen dan dikongsi sebanyak 135 kali.

Selain Bung, turut kelihatan dalam gambar itu ialah Timbalan Pengerusi Umno Sabah Yakub Khan, Setiausaha Umno negeri Jafry Ariffin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Salleh Said Keruak.

Ini membawa kepada spekulasi sama ada permainan politik baharu mungkin akan berlaku di negeri itu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kendatipun, memetik laporan FMT Bung memberitahu bahawa pertemuan itu hanyalah kunjungan hormat ke atas Musa kerana mereka tidak pernah bertemu sejak pilihan raya Sabah pada lalu.

“Ia hanya kunjungan biasa, bukan luar biasa. Beliau adalah bekas pemimpin negeri jadi tidak elok jika kita tidak pergi bertemunya,” katanya.

Seorang kenalan di kem Musa juga berkata, ia hanya kunjungan hormat biasa

“Mereka mahu bertemu Tan Sri (Musa) kerana sudah lama tidak berjumpa. Jadi dia bertemu dengan mereka. Tidak perlu membuat spekulasi atau terlalu teruja”.

Musa merupakan ketua menteri Sabah paling lama apabila menjawat jawatan itu selama 15 tahun dari 2003 hingga 2018. Beliau juga adalah ADUN Sungai Sibuga selama enam penggal berturut-turut.

Dua tahun selepas kehilangan kuasa, beberapa ADUN beralih taat setia kepada kem Musa menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Warisan tumbang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Pilihan raya mengejut diadakan pada September tahun itu, tetapi apa yang mengejutkan ramai pemerhati, Musa tidak diletakkan sebagai calon selepas membayangkan akan bersaing bagi merebut kerusi DUN Sungai Manila.

Baca Juga:

Gempar!! PSB umum kerjasama dengan Warisan?

(Visited 110 times, 1 visits today)

COMMENTS