Panas!! Sanusi tidak berani bubar Dun Kedah?
Panas!! Sanusi tidak berani bubar Dun Kedah?

Panas!! Sanusi tidak berani bubar Dun Kedah?

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menafikan khabar angin kononnya kerajaan negeri pimpinannya goyah, susulan dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO akan menarik sokongan.

Beliau memberitahu, pentadbiran negeri masih berjalan seperti biasa dan tiada ADUN memaklumkan menarik sokongan kepada kerajaan negeri ketika ini.

Malah, khabar angin itu tidak sampai ke telinganya sebelum ini, hanya dihubungi media yang meminta kenyataan beliau berhubung isu berkenaan. Disebabkan itu,
beliau menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab sahaja.

Pun begitu, untuk mengesahkan perkara tersebut benar atau tidak, Muhammad Sanusi diminta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah secepat mungkin bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Hanya selepas keputusan PRN diperoleh, baharulah beliau boleh cakap Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) yang berpengaruh di Kedah. Lupakah beliau mandat yang dipegangnya ketika ini adalah hasil sokongan daripada UMNO?

Rakyat hanya boleh mempercayai kata-kata Menteri Besar Kedah itu selepas keputusan PRN diperoleh. Jadi, baharu kita tahu sama ada beliau masih mempunyai sokongan atau tidak.

Muhammad Sanusi dipilih sebagai Menteri Besar Kedah pada 2020 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir tumbang disebabkan ketidakstabilan politik di negeri itu.-UTUSAN

CHE DAT CHE HAT, Sungai Petani, Kedah

(Visited 16 times, 1 visits today)

COMMENTS