PANAS!! Syarat dos penggalak untuk solat jumaat tak terpakai di negeri lain?
PANAS!! Syarat dos penggalak untuk solat jumaat tak terpakai di negeri lain?

PANAS!! Syarat dos penggalak untuk solat jumaat tak terpakai di negeri lain?

Taiping: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya menghormati keputusan Kerajaan Selangor yang menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid serta surau di negeri itu.

Beliau berkata, keputusan itu ditentukan Majlis Agama Islam Negeri dan bukan diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Penentuan hal ehwal agama semua ini milik Majlis Agama Islam Negeri, KKM tidak mengarahkan tetapi itu keputusan setiap negeri.

“Mesyuarat Kabinet baru-baru ini juga tidak mengeluarkan arahan… saya tidak boleh campur tangan dan kena hormat keputusan berkenaan kerana ia hak negeri itu,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 kepada 50 pelajar hari ini.

Idris berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid sebelum ini juga berbeza antara negeri seperti pelaksanaan solat Jumaat yang terhad kepada 12 orang di Selangor manakala negeri lain membenarkan bilangan jemaah lebih ramai.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini memaklumkan SOP itu hanya terpakai di Selangor manakala negeri lain masih seperti biasa dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Selasa lalu, Jabatan Agama Islam Selangor melalui surat pekeliling bertarikh 21 Februari lalu menetapkan syarat bahawa jemaah perlu lengkap dua dos vaksin serta menerima dos penggalak bagi menunaikan Solat Jumaat mulai 25 Februari.

(Visited 23 times, 1 visits today)

COMMENTS