Parti Amanah Negeri Kedah desak kerajaan hentikan projek ladang Musang King
Parti Amanah Negeri Kedah desak kerajaan hentikan projek ladang Musang King

Parti Amanah Negeri Kedah desak kerajaan hentikan projek ladang Musang King

Kenyataan Media

BANJIR LUMPUR DI BALING.

Parti Amanah Kedah Negeri Kedah melahirkan rasa sedih dan bersimpati dengan seluruh mangsa yang terlibat dengan kejadian banjir lumpur ini.

Ianya dapat dielak sekiranya pandangan dari semua pihak diambil kira sebelum pelaksanaan projek ladang durian Musang King ini.

Satu siasatan yang menyeluruh perlu dibuat untuk mengetahui punca sebenar, supaya kejadian yang sama dapat di elak dari berlaku lagi di masa yang akan datang.

Sekarang tular di media sosial ada pihak tertentu yang cenderung untuk menyalahkan pihak lain dalam kes ini, semata-mata untuk meraih laba sokongan politik, pada ketika pilihanraya umum yang semakin hampir.

Projek ladang durian musang king ini bermula di akhir 2016/awal 2017. Projek sebesar ini antara Pejabat Menteri Besar dan Syarikat Pemaju sudah tentu ada kotrak perjanjian yang di tandatangani sebelum ia bermula, dan apa juga tindakan selepas itu akan terikat dengan perjanjian ini.

Siasatan yang telus mesti di lakukan bagaimana projek ini boleh diluluskan memandangkan ianya di buat di Hutan Simpan Gunung Inas dan pokok durian bukanlah spesis yang disenaraikan sebagai pokok hutan.

Apakah pandangan Jabatan Alam Sekitar juga diambil kira ?

Apakah pandangan penduduk tempatan dan beberapa NGO alam sekitar di ambil kira ?

Parti Amanah Negara Negeri Kedah mendesak supaya kesemua urusan berkaitan dengan projek ini di hentikan serta merta dan satu siasatan lengkap perlu di lakukan segera dan seterusnya tindakan segera dapat di ambil hasil dari siasatan itu.

YB. Dato’ Dr. Ismail Salleh
Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah.

(Visited 158 times, 1 visits today)

COMMENTS