Parti orang muda tidak akan berjaya - Tun Mahathir
Parti orang muda tidak akan berjaya – Tun Mahathir

Parti orang muda tidak akan berjaya – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti berasaskan orang muda yang digerakkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan berjaya.

Menurutnya, walaupun orang muda adalah majoriti dalam pemilihan, namun faktor itu tidak cukup untuk memenangi sesuatu kerusi.

“Tidak cukup untuk menang hanya semata-mata dapat sokongan belia.

“Agak sukar untuk berjaya, tetapi Malaysia negara bebas dan dia (Syed Saddiq) mahu lakukan bersendirian,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui tujuan Syed Saddiq menubuhkan parti itu.

“Kami mempunyai hubungan baik dengannya dan tidak mempunyai masalah jika dia berjuang memerangi rasuah,” katanya.

Sebelum ini Syed Saddiq mengesahkan tidak menyertai Mahathir dalam Pejuang sebaliknya akan menubuhkan parti berasaskan orang muda berbilang kaum.

Berita Penuh : SINAR HARIAN

(Visited 15 times, 1 visits today)

COMMENTS