PAS DAN FITNAH BERPISAH TIADA.
PAS DAN FITNAH BERPISAH TIADA.

PAS DAN FITNAH BERPISAH TIADA.

Sungai Petani – Pas terus berusaha untuk merampas Kedah dari Pakatan Harapan selepas mereka menakluki Putrajaya dengan “Perikatan Nasional “yang diterajui oleh Pimpinan Pas, Umno dan Bersatu.

Pelbagai cara yang dilakukan untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan harapan.

Antara cara yang digunakan oleh mereka adalah dengan menabur fitnah untuk mendapatkan negeri kedah khususnya.

Fitnah yang ditaburkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah ialah dengan mengatakan bahawa
Menteri Besar kedah memberikan kenyataan walhal perkara tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh beliau.

Kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah adalah “Kedah bersedia menjadi Negeri Pembangkang dan Rakyat Perlu menyokong walaupun terpaksa mengikat perut kerana inilah perjuangan mengekalkan mandat yang diberi oleh rakyat kedah. Ini adalah tidak benar dan kenyataan ini dihebahkan menerusi Facebook Ahmad Yahaya yang juga merupakan pesuruhjaya pas kedah.

Selain dari sebaran fitnah itu, Ahmad Yahaya jugak menyebarkan berita palsu bahawa “Kerajaan DAP Pulau Pinang sedia bantu kedah”. Ini tidak pernah dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan ianya tidak pernah berlaku sama sekali.

Ini jelas sekali menunjukan bahawa perikatan nasional terdesak untuk mendapatkan kuasa dari cara “Pintu Belakang “. Apabila Negeri Kedah belum jatuh ke tangan mereka, maka ianya bukan kejayaan bagi mereka untuk menguasai seluruh Negeri di Malaysia.

Rakyat kena buka mata, kena menilai manakah Kerajaan yang Bersih dan berwibawa membela nasib Rakyat sejak memenangi Piliharaya Umum yang ke -13 lalu.

Justeru itu, rakyat kena memahami konsep pentadbiran yang jitu supaya masyarakat majmuk di Negara kita dapat hidup dengan aman dan makmur selaras dengan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan kepada Rakyat iaitu “Akan memastikan Rakyat tidak akan terbeban dengan apa yang berlaku atas kehancuran dan kerakusan yang dilakukan oleh Kerajaan terdahulu “.

(Visited 25 times, 1 visits today)

COMMENTS