PAS MENYOKONG ISMAIL SABRI CALON PM
PAS MENYOKONG ISMAIL SABRI CALON PM

PAS MENYOKONG ISMAIL SABRI CALON PM

Pas pada hari ini Jumaat menyatakan sokongan penuh parti itu kepada kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan melalui kenyataan berkata, parti itu berharap agenda perpaduan yang dipelopori Ismail Sabri dapat diteruskan selepas membuktikan berjaya mewujudkan kestabilan serta politik yang baik di negara ini,” katanya.

Menurutnya, pendekatan tersebut pasti akan terus disokong oleh semua pihak atas dasar bipartisan demi kebaikan negara.

“Pas juga yakin Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan Persekutuan dan pembangkang terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14 akan terus membantu proses pemulihan negara di bawah pimpinan beliau dalam semua aspek termasuk kesihatan, ekonomi, sosial dan hidup serta kehidupan rakyat jelata.

“Pas menyambut baik keputusan UMNO mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 kelak,” katanya.

Pada Khamis, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Baca Juga:

Anwar tidak pertahan kerusi Port Dickson intai kerusi lebih selamat?

(Visited 124 times, 1 visits today)

COMMENTS