PAS tak beri keuntungan pada PN,Kata penganalisis
PAS tak beri keuntungan pada PN,Kata penganalisis

PAS tak beri keuntungan pada PN,Kata penganalisis

Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendiriannya mengenai penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan untuk orang Islam.

Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Bagaimanapun katanya, ia tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada yang pasti mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya kepada FMT.

“Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya sebelum ini memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN).”

Jeniri Amir

Pada Selasa, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin mengeluarkan amaran terhadap sesiapa yang cuba membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Ini selepas Loh memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon pengisytiharan bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan mereka.

Minggu lalu, Khairil mencadangkan supaya satu pindaan perlembagaan dilaksanakan supaya jawatan perdana menteri dikhususkan untuk orang Islam sahaja.

Lee Kuok Tiung

Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Lee Kuok Tiung berkata, walaupun Gerakan, SAPP dan STAR sentiasa menggambarkan diri mereka sebagai parti pelbagai kaum dan agama, namun berada sehaluan dengan PAS telah menjejaskan imej itu.

“Dan kenyataan PAS hanya akan menyebabkan penyokong lari,” katanya.

“Pengundi mungkin masih menyokong Gerakan, SAPP atau STAR, tetapi semasa PRU15, mereka mungkin keberatan untuk mengundi mereka yang bekerjasama dengan PAS.”

 

 

Baca juga:

Gempar! Bersatu bekerjasama dengan Pejuang hadapi PRU15 ?

(Visited 16 times, 1 visits today)

COMMENTS