Pas tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan Sunnah?
Pas tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan Sunnah?

Pas tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan Sunnah?

Sebuah rakaman video yang mula tular di media sosial hari ini  memaparkan sedutan ucapan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang berlangsung di Dungun, Terengganu.

Video tersebut telah dirakamkan pada program Himpunan Pas Dungun (HIMPUN 2.0) sekitar September 2017. Takiyuddin di dalam video tersebut ada menegaskan beberapa perkara yang dilihat menyanggahi apa yang sedang berlaku sekarang.

“Perjuangan kita adalah berdasarkan berteraskan kepada perjuangan Islam, sebagaimana al-Quran dan juga as-Sunnah, Ijmak dan juga Qias yang kita pegang.”  ujarnya ketika menyampaikan ucapan di dalam program tersebut.

Menurut beliau lagi, “Selagi kita berpegang kepada prinsip dan dasar perjuangan ini, insya Allah kita tidak akan bersama dengan Barisan Nasional selama-lamanya dan kita akan menentang Umno, Barisan Nasional ini sepanjang perjuangan kita ini, insya Allah”. “Ini penegasan kita”.

 

Tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Pas tidak lagi menentang Umno dan Barisan Nasional, malah mewujudkan kerajaan PN secara bersama. Apa yang diucapkan oleh Takiyuddin di dalam ucapannya sebelum ini adakah sekadar untuk menyedapkan ahli-ahli bawahan Pas semata-mata?

Atau adakah ia sekadar ucapan bagi mengaburi tindak tanduk pimpinan Pas yang mencatur perjalanan politik mereka?

Takiyuddin juga baru-baru ini tanpa berselindung telah mengakui bahawa Pas telah mengadakan gerakan untuk bergabung dengan Umno sejak dari tahun 2015 atas arahan presiden Pas sendiri. Kenyataan beliau telah dimuat naik di media rasmi Pas, Harakahdaily.

Adakah Pas tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah? Kerana sekarang Pas telah bergabung dengan Umno. Jawapan yang tepat ada pada pimpinan Pas sendiri.

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS