PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - SULTAN KEDAH
PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN – SULTAN KEDAH

PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN – SULTAN KEDAH

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff menitahkan kalangan rakyat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.

Titah baginda, tiada mana-mana pihak berkumpul di luar rumah dan melakukan aktiviti sosial di sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan semua pihak berada dalam keadaan selamat.

“Inilah masanya kita menggalas tangungjawab dan memainkan peranan masing-masing bagi membendung jangkitan wabak ini.

“Janganlah juga melakukan pembelian panik kerana kerajaan memberi jaminan barangan keperluan mencukupi dan paling penting, jangan sebarkan berita palsu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman di sini, hari ini.

Titah sama turut dizahirkan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff dan Tunku Laksamana Kedah, Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul karim Sultan Sallehuddin.

Baginda dalam pada itu turut menasihatkan kalangan rakyat supaya sentiasa memastikan suasana sekeliling terutamanya persekitaran rumah berada dalam keadaan bersih dan terjaga.

“Selain itu, keraplah mencuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta mengamalkan penjarakkan sosial,” titah baginda.

#titahTuanku #covid19

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS