Patung Squid Game dibalut dengan plastik oleh pihak muzium
Patung Squid Game dibalut dengan plastik oleh pihak muzium

Patung Squid Game dibalut dengan plastik oleh pihak muzium

JINCHEON: Sebuah patung gergasi ‘Lampu Merah Lampu Hijau’ dalam drama bersiri Squid Game yang dipamerkan di muzium di Jincheon County terpaksa ditutup dengan plastik.

Terdapat spekulasi mengatakan pasukan produksi meminjam patung itu dan memulangkan semula selepas penggambaran selesai.

Lapor Hankook Ilbo, terdapat kesalahan komunikasi semasa menempatkan patung itu kerana asalnya diminta diletakkan di tempat peribadi.

Namun, pihak muzium secara tidak sengaja menempatkannya untuk tayangan orang ramai ketika drama itu disiarkan.

Pihak muzium akhirnya terpaksa membungkus semula patung itu dengan plastik dan menyimpannya di tempat peribadi.

Sejak disiarkan dalam Netflix 17 September lalu, drama bersiri Korea Selatan itu menjadi trend di seluruh dunia.

Lapor Koreaboo, boneka tersebut muncul dalam episod pertama berjudul ‘Lampu Merah Lampu Hijau’.

Patung gergasi berbentuk anak perempuan itu akan berpaling dan berkata Mugunghwa kochi pieot seumnida (Bunga Mugunghwa bermekaran). —Utusan

(Visited 48 times, 1 visits today)

COMMENTS