Peguam cuba hubungi YDP PIBG SK Permatang Janggus untuk mulakan tindakan guaman
Peguam cuba hubungi YDP PIBG SK Permatang Janggus untuk mulakan tindakan guaman

Peguam cuba hubungi YDP PIBG SK Permatang Janggus untuk mulakan tindakan guaman

Seorang peguam dikenali dengan nama “Saiful Ambar” hari ini tampil menawarkan bantuan guaman kepada PIBG SK Permatang Janggus untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas seorang EXCO kerajaan negeri Kedah yang dipercayai menjadi punca tercetusnya kluster Bah Rose.

Kluster tersebut juga menjadi asbab penutupan sekolah tersebut dan kesemua warga sekolah termasuk guru dan murid seramai 600 orang terpaksa menjalani ujian swab.

Warga sekolah telah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid19 ekoran isteri exco terbabit yang juga guru disitu disahkan telah dijangkiti virus tersebut dari suami beliau yang baru pulang dari kempen PRN di Sabah.

Sebelum ini Kedahkini melaporkan PIBG sekolah terbabit yang mendesak Exco Kedah berkenaan memohon maaf dan membayar pampasan kepada semua ibu bapa dan guru-guru SK Permatang Janggus kerana sikap tidak bertanggungjawab beliau sehingga menyebabkan hampir 600 pelajar dan guru mengalami kesusahan.

Baca artikel berkaitan PIBG SK Permatang Janggus desak Exco Kedah mohon maaf dan bayar pampasan!

(Visited 90 times, 1 visits today)

COMMENTS