PEJABAT MENTERI BESAR SUMBANG BARANGAN MAKANAN BERJUMLAH RM20,000 BUAT MAHASISWA UUM
PEJABAT MENTERI BESAR SUMBANG BARANGAN MAKANAN BERJUMLAH RM20,000 BUAT MAHASISWA UUM

PEJABAT MENTERI BESAR SUMBANG BARANGAN MAKANAN BERJUMLAH RM20,000 BUAT MAHASISWA UUM

KUBANG PASU – Pejabat Menteri Besar Kedah hari ini menyumbangkan barangan makanan kering
berjumlah RM20,000 untuk manfaat 4,300 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang masih berada di kampus tersebut di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, bantuan makanan itu diharap membantu memberi kemudahan untuk para pelajar mendapatkan bekalan makanan sepanjang menjalani PKP di kampus tersebut.

“Alhamdulillah di UUM setakat ini dilaporkan tiada kes COVID-19 dan saya fikir berada dalam kampus ini merupakan satu keadaan yang terbaik bagi mahasiswa.

“Kita tak mahu mereka keluar, bercampur dengan orang ramai yang tidak diketahui tahap kesihatannya. Buat ibu bapa, mereka diharapkan tidak bimbang kerana kebajikan para mahasiswa ini terjaga malah keselamatan dan kesihatan mereka insya Allah terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau sendiri proses penghantaran bekalan makanan tersebut di Pusat Bank Makanan UUM dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Wanita dan Pembasmi Kemiskinan, Halimaton Shaadiah Saad serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Madya Hendrik Lamsali.

Selepas meninjau proses penyampaian bantuan berkenaan, Mukhriz turut berkomunikasi secara televideo bersama Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani serta kalangan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

Selain mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan dan kebajikan mahasiswa, Mukhriz turut menerangkan mengenai situasi semasa COVID-19 di negeri ini kepada JPU berkenaan.

#Covid19

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS