Pekerja stesen minyak dedah taktik licik pemandu Singapura guna RON95
Pekerja stesen minyak dedah taktik licik pemandu Singapura guna RON95

Pekerja stesen minyak dedah taktik licik pemandu Singapura guna RON95

Pekerja stesen minyak dedah taktik licik pemandu Singapura guna RON95. Ketika pintu sempadan Malaysia-Singapura dibuka bermula 1 April lalu, warga Singapura berpusu-pusu masuk ke negara ini dan ada di antara mereka dikesan telah menyalahi peraturan negara apabila mengisi minyak petrol RON95.

Negara Malaysia sebelum ini telah mengharamkan penjualan minyak petrol RON95 kepada kereta yang tidak didaftarkan di dalam negara. Ini kerana minyak petrol RON95 itu telah diberi subsidi untuk rakyat tempatan sahaja.

Namun tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah dari pemandu warga Singapura mula dikesan di beberapa buah stesen minyak di Johor apabila mula tular gambar dan video yang merakamkan gelagat pemandu dari Singapura mengisi minyak petrol RON95.

MENARIK ! JOM BACA : [AMARAN] KWSP larang kongsi maklumat pengeluaran khas di media sosial, ini sebabnya..

Menurut seorang pekerja warga asing Mohamad, 34, yang bekerja di stesen minyak di salah sebuah stesen minyak di Johor Bahru, beliau mendedahkan taktik licik sesetengah pemandu warga Singapura mengambil kesempatan dari kemudahan teknologi semasa untuk mendapatkan minyak petrol RON95 yang jauh lebih rendah berbanding di negara mereka seperti yang dilaporkan dalam portal HotStuff Malaysia.

Kenderaan dengan nombor plat Singapura

Antara taktik yang sering digunakan oleh mereka adalah mengisi minyak dengan menggunakan kad kredit atau kad debit ketika membuat pembayaran di kaunter stesen minyak. Malah taktik ini katanya sangat berkesan ketika waktu puncak semasa pelanggan di stesen minyak terlalu ramai.

Perkara yang sama juga didedahkan oleh Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna, Azman Adam ketika menzahirkan kerisauan beliau ketika isu pemandu warga asing dari Singapura yang mengisi minyak petrol RON95 di dalam negara ini.

MENARIK ! JOM BACA : [VIDEO] Pengadil ‘cap ayam’ bikin panas aksi Kedah-Sri Pahang?

“Setakat ini, kita sudah menerima lima aduan mengenai insiden melibatkan kereta plat negara jiran (mengisi RON95), tetapi dua stesen minyak dalam proses siasatan lanjut sebelum tindakan diambil,” katanya.

Azman berkata demikian ketika sidang media sempena persiapan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun ke-50 Penguat Kuasa kementerian itu disini semalam.

Sebelum ini tular video dan gambar beberapa pemandu warga Singapura dengan kenderaan bernombor pendaftaran negara itu mengisi minyak petrol RON95 di beberapa buah stesen minyak di Johor Bahru.

Ketika ini minyak petrol RON95 dijual pada harga RM2.05 seliter di mana ianya jauh lebih murah berbanding harga minyak itu di negara Singapura. Harga minyak petrol RON95 di Malaysia ketika ini adalah yang ke-11 paling murah di dunia.

Harga terkini minyak RON95 di negara Singapura adalah S$3.02 (RM9.37) seliter selain negara tersebut juga mengenakan cukai minyak terhadap penduduk mereka.

MENARIK ! JOM BACA : Lebih 10,000 rakyat Malaysia berstatus pendatang tanpa izin di Thailand

(Visited 95 times, 1 visits today)

COMMENTS