"Pelajar Tahfiz positif COVID19 itu dari Negeri Sembilan, bukan dari Kedah" - Pengarah Kesihatan Kedah.
“Pelajar Tahfiz positif COVID19 itu dari Negeri Sembilan, bukan dari Kedah” – Pengarah Kesihatan Kedah.

“Pelajar Tahfiz positif COVID19 itu dari Negeri Sembilan, bukan dari Kedah” – Pengarah Kesihatan Kedah.

Alor Setar – Pelajar tahfiz yang didapati positif itu adalah dari Negeri Sembilan dan bukannya dari negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata pelajar tersebut adalah dari Negeri Sembilan.

” Pelajar tersebut datang ke Kedah untuk melawat neneknya di Alor Janggus dan tiba di sini awal pagi pada 13 Jun 2020.

” Pada sebelah petang, pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan dimasukkan ke wad isolasi bagi menerima rawatan lanjut. Keadaan beliau kini stabil.

Ujar Dr Mohd Fikri lagi, penularan berita menerusi media sosial seperti di Facebook dan Whatsapp mengenai seorang kanak-kanak di Kampung Huma, Padang Hang dijangkiti adalah tidak benar.

” Pelajar ini bukan dari negeri ini, beliau datang untuk menziarahi, jadi saya minta kepada orang ramai agar tidak panik dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah telah mengenal pasti saudara mara yang mempunyai kontak dengan pesakit dan ianya sedang diambil tindakan.

” Mereka telah diberikan arahan untuk menjalani arahan kuarintin di rumah sehingga keputusan ujian swab COVID-19 diperolehi, ” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

(Visited 11 times, 1 visits today)

COMMENTS