PELEPASAN PROGRAM EXPLORASI KANAK-KANAK HARAPAN NEGERI KEDAH MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 2020
PELEPASAN PROGRAM EXPLORASI KANAK-KANAK HARAPAN NEGERI KEDAH MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 2020

PELEPASAN PROGRAM EXPLORASI KANAK-KANAK HARAPAN NEGERI KEDAH MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 2020

Alor Setar – Merasmikan serta membuat pelepasan peserta Program Explorasi di Perkarangan Alor Setar Mall, Tandop.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Adun Pengkalan Kundor dengan kerjasama Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak, JKM Daerah Kota Setar, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar dan Persatuan Alumni USM.

Program ini bertujuan untuk memberi input dan rangsangan berguna kepada kanak-kanak dalam mendepani Era Revolusi Industri 4.0 di samping menajamkan kemahiran penyelesaian masalah kompleks di kalangan peserta.

Selain itu peserta dapat mempelajari kemahiran komunikasi lisan dan bertulis serta dapat memupuk usaha daya kreatif di kalangan peserta bagi mempertingkatkan lagi tahap pemikiran ke arah yang lebih efektif.

Aktiviti pada hari ini bermula dari Perkarangan Alor Setar Mall dan akan berakhir di USM Pulau Pinang. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan oleh pihak urusetia untuk diselesaikan mengikut kreativiti masing-masing. Jarak yang diambil untuk explorace ini adalah 105 KM.

Penglibatan peserta pada kali ini terdiri dari Dua buah sekolah di dalam Dun Pengkalan Kundor. Sekolah terbabit ialah SMK Muadzam Shah dan SMK Tunku Abd Aziz. Peserta pada kali ini seramai 40 orang dan Urusetia 10 orang bagi memantau peserta sepanjang program ini berlangsung.

Turut hadir YBrs Cikgu Zaini ( Wakil PPD Daerah Kota Setar), YBrs Encik Alias(Wakil JKM Daerah Kota Setar) dan Guru Pengiring dari Sekolah yang terlibat.

Selamat Berexplorace bagi semua peserta. Lakukan yang terbaik demi Negara yang tercinta ini.

#DrIsmailSalleh
#AdunPengkalanKundor
#ExcoKerajaanNegeriKedah

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS