Pemandu bas maut tersepit dalam bas
Pemandu bas maut tersepit dalam bas

Pemandu bas maut tersepit dalam bas

Seorang pemandu bas maut selepas kenderaan dipandunya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan dekat Jalan Sendayan Lama, berhampiran Kampung Jimah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa G Erudayasamy, 56, tersepit di tempat duduk pemandu dan dikeluarkan pihak bomba.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata kemalangan turut membabitkan dua kenderaan lain, iaitu kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dari arah Nilai menuju ke Springhill, hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertetangan.

“Treler berkenaan kemudiannya melanggar sebuah bas awam yang dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berumur 35 tahun dari arah belakang bas terlanggar bahagian kanan kenderaan berkenaan.

“Sebuah motosikal jenis ditunggang seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

“Pemandu treler cedera pada mata dan dibawa ke hospital oleh orang awam bersama pemandu pacuan empat roda. Penunggang motosikal cedera ringan dan dirawat oleh petugas ambulans.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-BH

(Visited 11 times, 1 visits today)

COMMENTS