Pembukaan sekolah pada awal Oktober, ibu bapa harap guru pantau SOP murid
Pembukaan sekolah pada awal Oktober, ibu bapa harap guru pantau SOP murid

Pembukaan sekolah pada awal Oktober, ibu bapa harap guru pantau SOP murid

DUNGUN:Pembukaan kembali sesi persekolahan secara bersemuka bermula awal bulan depan mendapat reaksi positif dalam kalangan ramai ibu bapa.

Bagaimanapun, pada masa sama mereka berharap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar ketika berada di sekolah.

Peniaga atas talian, Naimah Harun, berkata pembukaan sekolah terpaksa dilakukan demi perkembangan mental serta pendidikan anak-anak.

“Sebagai ibu saya rasa wajar sekolah dibuka, sekarang ini kita tahu anak-anak sudah bosan dengan persekitaran rumah dan rindu dengan suasana sekolah.

“Saya sebagai ibu pun sudah bosan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), apatah lagi anak-anak. Cuma, kita berharap pihak sekolah dapat bantu pantau SOP,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kaedah penggiliran sekolah untuk kembalikan semangat murid – Radzi.Suri rumah, Asmawati Ku Ahmad, berkata pematuhan SOP di sekolah akan memastikan risiko jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan.

“Kita memang bimbang mengenai jangkitan COVID-19 lebih-lebih lagi kepatuhan SOP di kalangan kanak-kanak. Kalau di rumah pun kita perlu selalu ingatkan anak-anak mengenai SOP.
“Jadi harap sangat guru-guru dapat bantu murid-murid di sekolah patuhi SOP dan amalkan kebersihan sepanjang masa,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan bermula pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). —BA

(Visited 11 times, 1 visits today)

COMMENTS