Pemilik Myvi Guna ‘Steering Potong’ Berharga RM2,500 menarik perhatian netizen
Pemilik Myvi Guna ‘Steering Potong’ Berharga RM2,500 menarik perhatian netizen

Pemilik Myvi Guna ‘Steering Potong’ Berharga RM2,500 menarik perhatian netizen

Tanpa kira apa jua model kenderaan, sama ada buatan tempatan ataupun luar negara, ada segelintir pemilik kereta suka mengubahsuai beberapa komponen  asal menjadi lebih sporty.

Terbaharu, warganet mempertikaikan tindakan seorang pemilik Perodua Myvi menukarkan steering asal menjadi steering sporty yang mempunyai rekaan ‘terpotong’ pada sebahagian atasnya. Steering jenis ini sering diguna pakai pada beberapa model kereta lumba, salah satunya kereta Formula 1.

SUMBER GAMBAR: MYVI 3RD GENERATION CLUB MALAYSIA

Tindakan pemilik Myvi telah menarik perhatian ramai dan pelbagai reaksi telah dikongsikan oleh penguna media sosial. Ramai yang kurang bersetuju kerana perkara ini melibatkan keselamatan yang boleh menyebabkan kemalangan boleh berlaku jika steering tersebut gagal dikawal dengan baik.

Pada masa yang sama, ada segelintir kecil yang menyukainya dan menyokong pemilik Myvi tersebut kerana berani untuk menggunakan steering sporty yang unik itu. Menurut pemilik Myvi ini, anggaran kasar untuk memiliki steering sepertinya kira-kira RM2,500.

SUMBER GAMBAR: MYVI 3RD GENERATION OWNER CLUB

SUMBER GAMBAR: MYVI 3RD GENERATION OWNER CLUB

SUMBER GAMBAR: MYVI 3RD GENERATION OWNER CLUB

SUMBER GAMBAR: MYVI 3RD GENERATION OWNER CLUB

SUMBER GAMBAR: MYVI 3RD GENERATION OWNER CLUB

Walaupun pemilik Myvi itu menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai, namun dia tetap bertenang dan memberitahu bahawa setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza, jadi dia berpendapat tidak salah untuk dirinya mempunyai ‘taste pelik’ sedikit berbeza daripada orang lain.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, warganet masih lagi melontarkan pendapat mereka bahawa penggunaan steering jenis sporty ini tidak sesuai untuk digunakan pada kenderaan biasa kerana boleh mengundang bahaya, lebih-lebih lagi pada Myvi.

 

(Visited 80 times, 2 visits today)

COMMENTS